BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 25 December 2013

Gambar GiatMara Prima Tasek Gelugor




Monday 23 December 2013

maklumat


PERMOHONAN KE GIATMARA PRIMA TASEK GELUGOR :

Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2013 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan bagi sesi Jun 2013 dijadualkan akan bermula pada bulan Julai ini.Program latihan kemahiran GIATMARA adalah dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara percuma. Program GIATMARA ini merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka. Kini terdapat lebih 200 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh negara.



SYARAT KEMASUKAN :

1. Warganegara Malaysia.
2. Sekurang-kurangnya berumur 16 tahun pada tarikh permohonan.
3. Bumiputra.
4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan.
5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat.
6. Berminat dengan bidang yang dipohon.
7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
8. Boleh membaca, menulis dan mengira
9. Bagi Kursus Pendawaian Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik
Bidang Latihan KursusJangkamasa program latihan sepenuh masa di GIATMARA adalah antara 3 – 36 bulan. Kursus atau program yang ditawarkan dibahagikan mengikut kluster. Setiap kluster mengandungi beberapa kursus yang boleh dimohon.


TEMPOH PEMBELAJARAN :

 Pendawai Elektrik -Pw2 (2 Tahun)
 Penjaga Jentera (A1) (3 Tahun)
 Mekatronik (1 Tahun)
 Teknologi Sistem Komputer (6 Bulan)
 Solekan Dan Terapi Kecantikan (6 Bulan)
 Seni Reka Gaya Rambut (6bulan )Holistic And Wellness Spa (6 Bulan)
 Pendawaian Elektrik -Pw4 (1 Tahun)


Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lebih terperinci kursus yang terdapat dalam setiap kluster dan lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.Kemudahan.Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. 



TEMPOH PEMBELAJARAN :

o Latihan percuma
o Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masao Kemudahan               menggunakan peralatan dan mesin
o Sukan dan Rekreasi
o Sijil Kemahiran GIATMARA
o Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
o Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)


PERMOHONAN  BOLEH DIBUAT DENGAN MENGISI BORANG PERMOHONAN YANG BOLEH DIDAPATI SECARA PERCUMA MELALUI :

Muat turun di Borang Permohonan Latihan GIATMARA 
Datang sendiri ke GIATMARA berhampira 
Dapatkan borang seperti yang dinyatakan di atas. 
Tunggu panggilan temuduga dari GIATMARA. 
Menjalani sesi temuduga. 
Surat tawaran akan dihantar kepada pemohon yang berjaya. 


Maklumat :

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program latihan kemahiran sepenuh masa ini sila kunjungi laman web GIATMARA. 
Senarai kursus dan pejabat GIATMARA negeri boleh diperolehi di laman web GIATMARA 
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada : 
Lot 3130 , mukim 8 , pongsu seribu , 13200 kepala batas S.P.U
Pulau pinang 
o Telefon : 04-5756163
o Fax : 04-5783168
o e-mail : www.giatmara.edu.my 


Baca di: 
http://eputra.com/permohonan-kemasukan-giatmara-2012/#ixzz2WB2IxXaC Senarai Kluster Cara MemohonUnder Creative Commons License: Attribution